Laman UtamaHKD / JPY • Mata wang
add
HKD / JPY
Tutup sebelumnya
20.28
Berita pasaran
Perihal Dolar Hong Kong
Dolar Hong Kong ialah mata wang rasmi yang digunakan dalam Hong Kong, sebuah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ia menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan mata wang paling banyak didagangkan di dunia sejak April 2016. Mata wang ini biasanya disingkatkan dengan simbol dolar $, atau HK$ agar membezakannya daripada mata wang dolar yang lain. Satu dolar matawang ini dibahagi kepada 100 sen.
Terdapat tiga bank komersial yang diberikan kebenaran oleh Lembaga Kewangan Hong Konguntuk mengeluarkan wang kertas sendiri untuk kegunaan awam di Hong Kong iaitu HSBC, Bank of China dan Standard Chartered dalam nilai HKD20, HKD50, HKD100, HKD500 dan HKD1000 dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dikongsi bank-bank tersebut.Walau bagaimanapun, wang kertas bernilai HKD10 serta kesemua duit syiling adalah pengeluaran Pemerintah Hong Kong. WikipediaPerihal Yen Jepun
Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro. Mata wang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.
Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen, sen, dan rin, dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini. Wikipedia